Tuesday, March 25, 2008

LAGU SEKOLAH

Sk. Tanjung Batu
Mendidik kami semua
Dengan cogan kata
Ilmu pelita hidup

Didikasi guru
Itulah yang terutama
Menyatukan semua bangsa
Menuju ke puncak jaya

Marilah semua berusaha dan berbakti
Capai cita murni
Demi kedaulatan watan

Sumpah setia kita
Pada bangsa dan negara
Menjadi rakyat yang berguna
Berlandaskan rukunegara

MISI DAN VISI

MISI
1. Menyediakan guru yang berilmu, bersahsiah mulia serta mempunyai ketrampilan yang tinggi.

2. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran 3M yang mantap dan ilmu pengetahuan asas yang kukuh.

3. Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

4. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang mampu merangsang motovasi guru dan murid.

5. Merapatkan jurang antara pihak sekolah dengan komuniti agar proses pendidikan dapat digerakkan secara bersepadu.

6. Memperkemaskan pentadbiran sekolah sehingga mencapai tahap keprofesionalan sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pendidikan
VISI
Menjadi sebuah institusi pendidikan yang mampu menjana perubahan setempat melalui pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebanggsaan.

PENDAHULUAN

Tanjong Batu merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Sandakan.Tanjong Batu pada masa ini terbahagia kepada dua bahagian yang utama iaitu Tanjong Batu Darat dan Tanjong Batu Laut. Pada umumnya, pernduduk Tanjoong Batu bergantuk hidup kepada hasil nelayan.

Sebelum tahun 1976, Tanjong Batu tidak mempunyai sekolah. Oleh itu, anak-anak penduduk Tanjong Batu bersekolah di Tanjong Aru, sebuah pulau yang berdekatan. Mereka ke sana dengan menaiki sampan.

Pada awal tahun 1975, Encik Munjin bin Aminullah bersama K.K Abdillah bin Jaafar selaku ketua kampung pada masa itu, telah berusaha merayu kepada pihak berkuasa supaya sebuah sekolah dapat dibina di Tanjong Batu. Permohonan telah dibuat melalui pemimpin parti USNO pada masa itu iaitu Pangiran Galpam bin Pangiran Ligadong dan Encik Asgali.

Pada 01 Disember 1975, tapak Sk. Tanjong Batu telah diperiksa oleh Encik James Ed dan Encik Paul Ubit bagi pihak pegawai pelajaran Sandakan. Tapak Sk. Tanjong Batu dengan geran bernombor N.T 1322 serta berkeluasan 1.89 ekar merupakan hak milik En. Rajab bin Bisman. Beliau telah bersetuju untuk menghibahkannya kepada pihak berkuasa untuk pembinaan sekolah. Dengan itu pembinaan sekolah bermula pada 10 Januari 1976.

Pada 02 Ogos 1976, pembinaan sekolah telah diperiksa oleh pegawaiBahagian Pembangunan Sandakan iaitu Encik Rajak dan Encik Juji dengan keputusan kelulusan sebnayak 65%. Pembinaan tergendala oleh sesuatu sebab dan tidak dapat diberikan kelulusan 100% pada tahun 1976.

Walaupun pembinaan Sk. Tanjong Batu hanya disahkan siap pada 01 Oktober 1977, ia telah dibuka kepada pelajar sejak ogos 1977.

Sk. Tanjong Batu telah dirasmikan pada 13 Oktober 1986 oleh Encik Alwi Hj. Ahmad, Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah pada masa itu.